Ahad, 31 Oktober 2010

bengkel II:perjuangan diteruskan.



26-29 OKTOBER 2010-Olimpik sport Hotel,Kuala Lumpur -Bahagian Pendidikan Islam,KPM telah menganjurkan satu bengkel sesi ke-2 berkaitan "Isu-isu yang Mengganggu Pendidikan Islam di sekolah" .



Rabu, 20 Oktober 2010

exam oh exam..






Sepajang minggu ini bermula 19 oktober sehingga 22 oktober 2010 para pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 akan menduduki Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) 2.Pihak panitia mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan selamat maju jaya kepada semua calon.MAN JADDA WAJADDA.

Khamis, 14 Oktober 2010

PROGRAM di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA












14-15 Oktober-Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjemput seramai 6 orang wakil guru Pendidikan Islam yang terdiri dari Selangor,Negeri sembilan dan Pahang untuk menghadiri satu bengkel tentang isu permasalahan yang mengganggu P&P Pendidikan Islam di sekolah .Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan dengan tajuk yang diberi untuk diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah Kementerian. Di antara peserta yang terlibat ialah Ustaz Hj Azman (Selangor)),Ustaz Mohamad Fauzi (Petaling Perdana,Selangor),Ustaz Hj Suaimi (Gombak, selangor),Ustaz Muhammad Faisol (wakil Negeri Sembilan) dan pasangan bahagia Ustaz Uni dan Ustazah Manis (wakil Pahang).Sementara pegawai-pegawai dari bahagian Pendidikan Islam,KPM sebagai pemerhati dan pengerusi bengkel.Program dan gerak kerja dijalankan di Bilik mesyuarat Aras 2, Bangunan Mustafa Kamal,Kementerian Pelajaran Malaysia(Bahagian Pendidikan Islam),Cyberjaya.Semoga usaha murni Kementerian ini berhasil dan memberi manfaat pada semua.

Jumaat, 8 Oktober 2010

MTQ:video sajak ,hafazan dan tilawah..




PROGRAM MTQ SKTSBI Tahun 6 2010

8 OKTOBER 2010-JUMAAT Panitia Pendidikan Islam telah menjayakan program Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Sekolah khusus untuk murid-murid tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR.Program ini dikendalikan oleh 2 orang guru pendidikan Tahun 6 iaitu Ustaz Mohd Khalid Ismail dan Ustaz Mohd Fauzi Ahmad.Di antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan Hafazan kategori lelaki dan perempuan, Tilawah al Quran Kategori lelaki dan perempuan, Persembahan sajak kerohanian berkumpulan, Pertandingan Khat Ruka'h/Rik'ah, pertandingan Khat Nasakh, pertandinagn Imla', dan diikuti pertandingan Kuiz bertulis. Hadiah pemenang disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Mohd Khalid Ismail.




Ahad, 15 Ogos 2010

AMBANG RAMADHAN..AHLAN YA RAMADHAN KAREEM..



10 OGOS 2010-Satu program berbentuk Tazkirah dan muraji'ah diadakan kepada murid-murid Islam SKTSBI sempena kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini.Tazkirah menekankan khusus tentang konsep,pengertian,kaifiat,amalan sunnah dan perkara yang membatalkan puasa serta hikmah berpuasa.Program bermula seawal jam 7.40 pagi dan berakhir sejam selepas itu.Pelbagai aktiviti turut dirancang sepanjang Ramadhan seperti Ambang Ramadhan,Tadarus Al Quran ,Nuzul Quran dan Majlis Khatam al Quran

Jumaat, 16 Julai 2010

SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ 2010/1431H










Syukur pada Allah Azzawajalla atas keizinanNya dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak dalam menjayakan program sambutan Isra' Mikraj peringkat SK Taman Sg Besi Indah.Berikut adalah butiran program tersebut:
Tarikh : 16 Julai 2010
Masa 7.40-8.40 pagi
Tempat: Dataran Seri Indah SKTSBI
Program: Isra' Mi'raj
Tentatif Program:
7.40-Bacaan doa
7.45-Bacaan Al Quran
7.50-Ucapan Guru Besar SKTSBI
8.00-Persembahan nasyid
8.10-ceramah
8.40-Selawat dan Bersurai




Jumaat, 9 Julai 2010

MESYUARAT PANITIA KALI KE 3

Panitia Pendidikan Islam telah menjalankan Mesyuarat Panitia buat kali ke 3 .Butiran adalah seperti berikut:
Tarikh: 8 Julai 2010
Masa ;12.00- 1.00 ptg
tempat : Bilik j QAF
AGENDA MESYUARAT
-ucapan Pengerusi
-Pengesahan minit mesyuarat ke 2
-Analisa PKSR 1
-Perlantikan AJK Isra' Mi'raj
-Hal-hal lain

KBS 3









Alhamdulillah.thanks to Allah swt.

KBS kali ke 3 selesai dijalankan pada 7 dan 14 Julai 2010 khusus untuk murid-murid tahun 1 dan 2.
Program bermula jam 12.30 tengahari dan berakhir pada pukul 5 petang.

Kehadiran peserta Kem amat memuaskan dan dikendalikan sepenuhnya oleh guru-guru panitia pendidikan Islam SKTBI.InsyaAllah KBS 3 untuk murid-murid tahun 3 dan 4 akan dijalankan pada setiap hari Rabu bermula jam 12.30 sehingga 5 petang.

Tahniah dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat menjayakan program wajib Kementerian ini.
(Gambar-gambar program: in progress)

Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


panitia pendidikan Islam ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga guru di Malaysia khususnya warga guru sekolah .semoga jasa kalian mendidik anak bangsa dibalas kebaikan oleh Allah swt di dunia dan akhirat kelak.SELAMAT HARI GURU!

sudut panitia


kelihatan guru-guru pendidikan islam sedang menyiapkan sudut panitia yang terletak bersebelahan bilik j QAF sekolah.Di antara pengisian sudut ialah rukun islam dan iman.huruf hijaiyyah,dan nama2 nabi.sudut panitia berperanan memberi maklumat kepada murid-murid sktsbi di samping menceriakan persekitaran sekolah.

Sabtu, 8 Mei 2010

KEM BESTARI SOLAT 2(video1)

Kem Bestari Solat kali ke2 telah berjaya dijalankan pada hari ini(sabtu) bersamaan 8mei 2010 bertempat di SK Taman Sg Besi Indah.kem ini melibatkan hampir keseluruhan guru dan murid-murid tahun 3 dan 4.Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.Berikut adalah tentatif program KBS kali ke2 ini;-

7.30am-pendaftaran peserta/pembahagian kumpulan
8.00 am-LDK 1(Syarat wajib dan sah solat)
9.00am LDK 2(Bacaan surah/makmum masbuq dan muwafiq)
10.00am LDK 3(Pengertian bacaan dalam solat)
10.30am- REHAT
11.00am-LDK 4(Azan dan Iqamah)
12.00pm-LDK 5(Amali Wudhu')
12.40pm-LDK 6(Amali Solat)
1.20pm-SOLAT ZOHOR BERJAMAAH
2.00pm-bersurai

KEM BESTARI SOLAT 2 ( video 2 )

KEM BESTARI SOLAT 2