Ahad, 31 Oktober 2010

bengkel II:perjuangan diteruskan.



26-29 OKTOBER 2010-Olimpik sport Hotel,Kuala Lumpur -Bahagian Pendidikan Islam,KPM telah menganjurkan satu bengkel sesi ke-2 berkaitan "Isu-isu yang Mengganggu Pendidikan Islam di sekolah" .



Rabu, 20 Oktober 2010

exam oh exam..






Sepajang minggu ini bermula 19 oktober sehingga 22 oktober 2010 para pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 akan menduduki Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) 2.Pihak panitia mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan selamat maju jaya kepada semua calon.MAN JADDA WAJADDA.

Khamis, 14 Oktober 2010

PROGRAM di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA












14-15 Oktober-Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjemput seramai 6 orang wakil guru Pendidikan Islam yang terdiri dari Selangor,Negeri sembilan dan Pahang untuk menghadiri satu bengkel tentang isu permasalahan yang mengganggu P&P Pendidikan Islam di sekolah .Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan dengan tajuk yang diberi untuk diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah Kementerian. Di antara peserta yang terlibat ialah Ustaz Hj Azman (Selangor)),Ustaz Mohamad Fauzi (Petaling Perdana,Selangor),Ustaz Hj Suaimi (Gombak, selangor),Ustaz Muhammad Faisol (wakil Negeri Sembilan) dan pasangan bahagia Ustaz Uni dan Ustazah Manis (wakil Pahang).Sementara pegawai-pegawai dari bahagian Pendidikan Islam,KPM sebagai pemerhati dan pengerusi bengkel.Program dan gerak kerja dijalankan di Bilik mesyuarat Aras 2, Bangunan Mustafa Kamal,Kementerian Pelajaran Malaysia(Bahagian Pendidikan Islam),Cyberjaya.Semoga usaha murni Kementerian ini berhasil dan memberi manfaat pada semua.

Jumaat, 8 Oktober 2010

MTQ:video sajak ,hafazan dan tilawah..




PROGRAM MTQ SKTSBI Tahun 6 2010

8 OKTOBER 2010-JUMAAT Panitia Pendidikan Islam telah menjayakan program Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Sekolah khusus untuk murid-murid tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR.Program ini dikendalikan oleh 2 orang guru pendidikan Tahun 6 iaitu Ustaz Mohd Khalid Ismail dan Ustaz Mohd Fauzi Ahmad.Di antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan Hafazan kategori lelaki dan perempuan, Tilawah al Quran Kategori lelaki dan perempuan, Persembahan sajak kerohanian berkumpulan, Pertandingan Khat Ruka'h/Rik'ah, pertandingan Khat Nasakh, pertandinagn Imla', dan diikuti pertandingan Kuiz bertulis. Hadiah pemenang disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Mohd Khalid Ismail.