Ahad, 16 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010


panitia pendidikan Islam ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga guru di Malaysia khususnya warga guru sekolah .semoga jasa kalian mendidik anak bangsa dibalas kebaikan oleh Allah swt di dunia dan akhirat kelak.SELAMAT HARI GURU!

sudut panitia


kelihatan guru-guru pendidikan islam sedang menyiapkan sudut panitia yang terletak bersebelahan bilik j QAF sekolah.Di antara pengisian sudut ialah rukun islam dan iman.huruf hijaiyyah,dan nama2 nabi.sudut panitia berperanan memberi maklumat kepada murid-murid sktsbi di samping menceriakan persekitaran sekolah.

Sabtu, 8 Mei 2010

KEM BESTARI SOLAT 2(video1)

Kem Bestari Solat kali ke2 telah berjaya dijalankan pada hari ini(sabtu) bersamaan 8mei 2010 bertempat di SK Taman Sg Besi Indah.kem ini melibatkan hampir keseluruhan guru dan murid-murid tahun 3 dan 4.Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang.Berikut adalah tentatif program KBS kali ke2 ini;-

7.30am-pendaftaran peserta/pembahagian kumpulan
8.00 am-LDK 1(Syarat wajib dan sah solat)
9.00am LDK 2(Bacaan surah/makmum masbuq dan muwafiq)
10.00am LDK 3(Pengertian bacaan dalam solat)
10.30am- REHAT
11.00am-LDK 4(Azan dan Iqamah)
12.00pm-LDK 5(Amali Wudhu')
12.40pm-LDK 6(Amali Solat)
1.20pm-SOLAT ZOHOR BERJAMAAH
2.00pm-bersurai

KEM BESTARI SOLAT 2 ( video 2 )

KEM BESTARI SOLAT 2





Jumaat, 7 Mei 2010

MESYUARAT PANITIA KALI KE 2




Panatia pendidikan Islam SKTSBI telah mengadakan mesyuarat panatia buat kali ke dua untuk sesi persekolahan 2010 ini.Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru penolong kanan Kurikulum pn Hjh Norhayati Noor Aris bertempat di bilik j QAF.Mesyuarat bermula pada pukul 1.30 petang sejurus tamat kelas Tasmi' harian .
Di anatara agenda yang dibincangkan adalah seperti berikut;-
i-ucapan pengerusi
ii-pengesahan minit mesyuarat pertama
iii-perbincangan analisa ujian bulanan
iv-perlaksanaan/dokumentasi PAFA 2010
v-hal-hal lain berkaitan P&P, penggunaan surau dan kebajikan guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang dengan bacaan surah al Asr dan tasbih kafarah.