Selasa, 16 Ogos 2011

Tazkirah Khas:NUZUL AL QURAN 2011

16 OGOS,Dataran Seri Indah;Sempena Sambutan Nuzul Al Quran pada 17 Ramadhan,satu tazkirah Khas berkaitan peristiwa,pengajaran dan hikmah berkaitan Nuzul Al Quran(Penurunan Al Quran) telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Izrain  IsmailProgam bermula seawal jam 7pagi dan berakhir pada pukul 8 pagi.Majlis disusuli beberapa solan Kuiz Lisan berkaitan isi tazkirah yang disampaikan.Hadiah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Fauzi Hj Ahmad.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Ahlan wa sahlan Ya Ramadhan..

ahlan wasahlan ya Ramadhan al Mubarak..bulan ibadat,bulan penuh padanya kemuliaan dan kelebihan bagi mereka yang mengetahui..Selamat menjalankan ibadat berpuasa diucapkan kepada semua warga SKTSBI ,semoga ibadat puasa pada kali ini akan lebih bermakna dan diterima oleh Allah SWT.Pihak panitia Pendidikan Islam SKTSBI  telah merancang beberapa program sempena bulan Ramadhan ini yang akan melibatkan murid-murid SKTSBI..di antara program yang dijalankan ialah;

                                 i-Tazkirah khas:Di ambang Ramadhan
                                 ii-Tazkirah Bingkisan Ramadhan pada setiap pagi
                                iii-Sambutan Nuzul Al Quran
                                iv-Tadarus Al Quran setiap hari
                                v-Majlis Khatam Al Quran dan Sumbangan murid miskin dan anak yatim