Jumaat, 2 Mac 2012

SAMBUTAN MAULIDURASUL 1433H SKTSBI

17 Februari 2012, panitia Pendidikan Islam SKTSBI  telah menganjurkan majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah bagi tahun 2012 bersamaan 1433H.Pihak sekolah telah menjemput dua penceramah luar bagi memenuhi  slot ceramah yang dibahagikan kepada dua tahap (murid tahap 1 dan 2)Program dimulakan  dengan bacaan doa oleh Ustaz Izarin Ismail diikuti  dan bacaan ayat suci AlQuran  oleh adik Irfan dari tahun 6Berlian.Majlis diteruskan persembahan nasyid dari Tahun 4 Berlian yang membawa lagu bertajuk 'Pergi tak Kembali" nyanyian kumpulan Rabbani , persembahan bercerita kisah Al Quran dalam bahasa melayu dan Inggeris yang disampaikan oleh adik Luqman dari 5 Berlian diikuti  dengan selawat beramai-ramai  sambil murid-murid mempamerkan sepanduk maulidurrasul mengikut tahun masing-masing.Majlis diteruskan dengan slot ceramah yang diadakan di surau dan dewan terbuka sekolah sehingga waktu rehat murid.Istimewanya pada kali ini jamuan murid disediakan oleh pihak sekolah.Semoga amalan murni ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan dtang. majlis berakhir pada pukul 11 pagi dan pembelajaran di kelas berjalan seperti biasa.

( Gambar program  akan dimuat naik kemudian)

kbs 1 2012 berjaya

Alhamdulillah SABTU,28 Januari  2012 bertempat di beberapa lokasi terpilih  seperti di surau dan kelas-kelas sekolah  maka selesai sudah program Kem Bestari Solat 1 dilaksanakan  bagi pembuka tirai tahun 2012.Kepada semua fasilitator yang terlibat membimbing anak-anak murid  sekalung tahniah dan jutaan terima kasih atas pengorbanan dan ilmu yang dicurahkan.Semoga ilmu yang disampaikan walaupun sedikit menjadi talian hayat kepada kita pabila berada diakhirat kelak InsyaAllah  Dan kepada anak-anak murid sekalian, semat dalam hati bahawa Awal agama Itu ialah dengan mengenal Allah.

(Gambar program  akan di muat naik  kemudian )