Khamis, 14 Oktober 2010

PROGRAM di KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA












14-15 Oktober-Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjemput seramai 6 orang wakil guru Pendidikan Islam yang terdiri dari Selangor,Negeri sembilan dan Pahang untuk menghadiri satu bengkel tentang isu permasalahan yang mengganggu P&P Pendidikan Islam di sekolah .Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah buku berkaitan dengan tajuk yang diberi untuk diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah Kementerian. Di antara peserta yang terlibat ialah Ustaz Hj Azman (Selangor)),Ustaz Mohamad Fauzi (Petaling Perdana,Selangor),Ustaz Hj Suaimi (Gombak, selangor),Ustaz Muhammad Faisol (wakil Negeri Sembilan) dan pasangan bahagia Ustaz Uni dan Ustazah Manis (wakil Pahang).Sementara pegawai-pegawai dari bahagian Pendidikan Islam,KPM sebagai pemerhati dan pengerusi bengkel.Program dan gerak kerja dijalankan di Bilik mesyuarat Aras 2, Bangunan Mustafa Kamal,Kementerian Pelajaran Malaysia(Bahagian Pendidikan Islam),Cyberjaya.Semoga usaha murni Kementerian ini berhasil dan memberi manfaat pada semua.

2 ulasan:

uni dan manis berkata...

semoga usaha yang sedikit ini dapat memberi kebaikan yang berpanjangan..insya allah..syabas us fauzi & sahabat2.

bilahikumakaa berkata...

shukran.prasan x smua pose adeje makanan atas meje..:))